Connect with us

Oh! Media

Wanita Jual Kentut Dalam Balang Masuk ‘Emergency’ Gara-Gara Kentut Berlebihan

Trending

Wanita Jual Kentut Dalam Balang Masuk ‘Emergency’ Gara-Gara Kentut Berlebihan

Perniagaan ‘pelik’ bekas bintang realiti di Washington, Stephanie Matto sebelum ini pernah menjadi bualan apabila dia meraih pendapatan RM200,000 seminggu hanya dengan menjual kentut.

ADVERTISEMENT

BACA: Jual Kentut Dalam Balang, Wanita Raih RM213k Seminggu

Stephanie dilaporkan menjualnya di dalam balang bersama beberapa kelopak bunga ros dan nota peribadi tulisannya.

Walau bagaimanapun, perniagaan sampingan itu tidak bertahan lama apabila wanita ini dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital selepas mengadu sakit di bahagian dadanya.

Pada awalnya dia menyangka diserang sakit jantung atau strok dan akan meninggal pada bila-bila masa sahaja.

Namun selepas ujian darah dilakukan, doktor memaklumkan wanita itu mengalami gejala akibat badan menghasilkan terlalu banyak angin.

Ianya berpunca daripada pengambilan makanan yang berasaskan telur, kekacang dan pisang dalam amaun yang banyak.

Katanya, untuk memenuhi permintaan yang sangat tinggi, dia terpaksa menghasilkan sehingga 50 balang kentut dalam masa seminggu.

Doktor menasihatkan wanita ini untuk mengubah amalan pemakanan dan mengambil ubat penahan angin. Dia juga dikatakan telah menghentikan perniagaan itu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas