Connect with us

Oh! Media

“Ikut Suka Saya” – Dituduh ‘Lapar’ Perhatian, Mawar Karim Balas Kecaman

mawar karim

Trending

“Ikut Suka Saya” – Dituduh ‘Lapar’ Perhatian, Mawar Karim Balas Kecaman

Ahli perniagaan, Mawar Karim diserang netizen selepas memuat naik foto bersama Ashraf Muslim di Mekah. Bekas isteri kepada Fizo Omar ini dituduh ‘lapar’ perhatian kerana menyertakan kapsyen dalam bahasa Arab yang membawa maksud saya bukan orang ketiga.

ADVERTISEMENT

BACA: Gara-Gara Bergambar Dengan Ashraf Muslim, Mawar Karim Digelar ‘Lapar’ Perhatian?

Tidak hanya mendiamkan diri, Mawar menerusi hantaran di Instagram Stories membalas kecaman seorang warganet yang mempersoalkan kapsyen tersebut.

Jelas anak kelahiran Pulau Pinang ini, tiada paksaan kepada individu itu untuk membaca atau memahami apa yang dimaksudkannya.

Malah, dia menyifatkan komen individu tersebut paling kelakar setakat ini. Iyalah, rasanya dia berhak untuk menulis apa sahaja kapsyen di Instagramnya, betul tak?

mawar karim

Dalam pada itu, Mawar turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kebaikan buat dirinya. Dia terharu didoakan perkara baik meskipun saling tidak mengenali apatah lagi berjumpa.

Ahli perniagaan ini turut menitipkan pesanan agar sentiasa ‘chills’, bersyukur, menghargai dan menikmati diri sendiri serta orang di sekeliling untuk hidup gembira.

Kredit: Instagram Mawar Karim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas