Connect with us

Oh! Media

Ikon Permotoran Negara, Haqiem Stopa Diangkut Polis Dalam Op Samseng Jalanan

Haqiem stopa ohmedia

Oh! Tidak

Ikon Permotoran Negara, Haqiem Stopa Diangkut Polis Dalam Op Samseng Jalanan

Macam ni Ikon Permotoran? Bosan katanya. Tapi itulah apa yang berlaku selepas Haqiem Stopa dilaporkan telah ditahan pihak polis dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Pegawai, malam tadi.

BACA: “Hafizh Syahrin Elok Pencen Jela” – Netizen Kesal Influencer TikTok Digelar Ikon Permotoran Anak Muda

Memetik laporan Berita Harian, Haqiem dikatakan tiba di Alor Setar dari Kuala Lumpur untuk berniaga. Bagaimanapun, dia datang ke jalan itu untuk menonton perlumbaan haram kerana bosan.

IKLAN

Semua 284 motosikal diperiksa dalam operasi itu yang mana 50 motosikal disita. Ini kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan dan disiasat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Haqiem Stopa

Haqiem kemudian dibebaskan selepas diambil keterangan. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan perkara itu di mana seramai 284 individu ditahan dan diarahkan menolak motosikal sejauh 3 kilometer ke Balai Polis Trafik Alor Setar.

Kredit: Berita Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas