Connect with us

Oh! Media

Ikhlas Membantu, Azwan Omar Teruskan Perjuangan Bantu Mangsa Banjir Di Melaka

azwan omar

Trending

Ikhlas Membantu, Azwan Omar Teruskan Perjuangan Bantu Mangsa Banjir Di Melaka

Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang sebelum ini tular membantu mangsa banjir di Selangor berbekalkan wang tunai RM50 kini meneruskan misinya membantu mangsa-mangsa banjir di Melaka pula.

ADVERTISEMENT

BACA: Terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah, Abang Viva Anggap Berkat Doa Ibu Bapa Dan Orang Ramai

Menerusi laporan Kosmo, Azwan Omar sekarang ini berada di Taman Merdeka, Melaka untuk membantu semua mangsa banjir yang terlibat di kawasan itu.

Azwan mahu meneruskan bantuan ke tempat lain jika diizinkan

Azwan difahamkan telah berada di Taman Merdeka, Melaka sejak pagi semalam untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Beliau juga bercadang untuk meneruskan misinya membantu mangsa banjir di tempat lain jika keadaan mengizinkannya untuk pergi.

Setakat hari ini, segala proses berjalan dengan lancar dibantu oleh pasukan keselamatan. Air juga surut dan bot juga tidak boleh nak masuk, jadi saya akan bersiap sedia jika ada perlukan bantuan.

Jika ada rezeki dan keadaan mengizinkan saya akan meneruskan misi ini ke beberapa tempat yang terjejas teruk seperi di Selatan negara atau Pantai Timur.

Apa pun saya akan selesaikan misi bantuan di kampung halaman saya dahulu.

Azwan juga ada memuat naik status di Facebooknya pada hari Sabtu lepas menanyakan jika ada kawasan di Melaka yang memerlukan bantuan bot.

Ramai yang komen di post tersebut mendoakan kesejahteraan Azwan dan mendoakan agar urusannya membantu mangsa banjir dipermudahkan.

azwan omar

Memang terbaik la abang Viva ni! Nampak keikhlasannya bantu mangsa banjir. Semoga Allah murahkan rezekinya dan beri kesihatan yang sempurna buatnya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas