Connect with us

Oh! Media

Ibu Saksi Anak Dirogol Bekas Suami, Tak Mampu Halang Kerana Takut Dipukul

rogol

Oh! Tidak

Ibu Saksi Anak Dirogol Bekas Suami, Tak Mampu Halang Kerana Takut Dipukul

Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Itulah yang dapat digambarkan apabila seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menjadi mangsa rogol bapa tiri sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Guru Agama Didakwa Rogol 12 Pelajar Hingga Melahirkan 8 Bayi

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di sebuah kampung di Pasir Puteh, Kelantan itu disaksikan sendiri oleh ibu mangsa.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, wanita berusia 34 tahun itu bersama anak perempuannya berada di rumah ibu angkatnya sebelum anaknya dipaksa menghisap pil kuda oleh bekas suami.

dirogol
Sekadar gambar hiasan

Suspek kemudian merogol mangsa di depan mata ibunya sendiri. Kejadian dilaporkan berlaku pada 14 Disember lalu.

Wanita itu memberitahu dia tidak mampu menghalang perbuatan suspek kerana bimbang dipukul.

Tambah Shafien lagi, kanak-kanak itu turut dirogol seorang lagi suspek iaitu bapa saudaranya pada hari yang sama.

Selepas kejadian, wanita berkenaan melarikan anaknya dan meminta pertolongan pihak badan bukan kerajaan (NGO) menerusi Facebook.

Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak bukan sahaja dirogol tetapi turut diliwat.

Susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa, pihak polis telah menahan dua suspek yang dipercayai bapa tiri dan bapa saudara mangsa.

Hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif methamphetamine.

Mangsa dilaporkan diletakkan di bawah pengawasan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas