Connect with us
helmet

Oh! Tidak

Ibu Mangsa Kemalangan Motosikal Merayu Pulangkan Helmet Anaknya

“Helmet itu sangat berharga bagi saya kerana itulah kenangan anak saya…”, itulah luahan hati seorang ibu selepas anak kesayangan dan harapan keluarga meninggal dunia akibat kemalangan.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa Muhammad Danish Irfan Mohd Tajul Syahrizal yang baru berusia 19 tahun telah terlibat kemalangan selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori.

IKLAN

Arwah ketika itu dalam perjalanan dari Kampung Pandan Dalam menuju ke tempat kerja di Selayang pada 6 Julai lalu.

Ibu kepada arwah, Norazlina Abdul Aziz mengakui anak kedua daripada tiga beradik itu adalah pengganti arwah suaminya sebagai ketua keluarga.

Semasa usianya 16 tahun, saya harapkan anak ini boleh ganti tanggungjawab arwah suami. Saya tengok dia memang sangat melindungi keluarga terutama apabila ada orang cakap bukan-bukan pasal saya.

Tapi sekarang tempat saya bergantung harap sudah tak ada, cuma doa dapat saya berikan untuknya. Bukan tak reda, tetapi saya masih perlukan masa mencari kekuatan untuk menerima kenyataan ini.

Ketika kemalangan, arwah Danish memakai helmet bertutup penuh berwarna merah jenama Zeus. Bagaimanapun, helmet itu telah dicuri orang tidak bertanggungjawab ketika kejadian.

Saya merayu kepada sesiapa yang terambil helmet (topi keledar) arwah anak semasa kemalangan itu, pulangkan semula kerana puas kami cari di lokasi nahas, tetapi tak jumpa.

Kalau ada yang terbeli dari seseorang, saya juga sanggup bayar semula duit itu. Barang kesayangan arwah yang dia usaha beli guna duit gaji sendiri.

Diharapkan individu yang tergamak ambil helmet arwah diharap pulangkanlah cara baik sebab ada nilai sentimental buat mereka keluarga.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas