Connect with us

Oh! Media

Ibu Luah Rasa Rindu Pada Zayn Rayyan Undang Perhatian Netizen

Ohmedia  Zayn

Oh! Tidak

Ibu Luah Rasa Rindu Pada Zayn Rayyan Undang Perhatian Netizen

Baru-baru ini, Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik yang maut dipercayai akibat dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 sering berkongsi video dan gambar dengan arwah di media sosialnya.

Menerusi akaun Instagram, Ismanira memuat naik foto arwah Zayn dan terbaru, dia meluahkan perasaan terlalu rindu terhadap kanak-kanak berkenaan.

IKLAN
Screenshot 2023 12 22 190125

Dalam pada itu, ibu kepada arwah kanak-kanak autistik itu berkongsi penulisan di Instagram story menyatakan rindu pada orang yang sudah tiada sangat menyakitkan.

Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah tiada.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen mendoakan agar keluarga mereka mendapat keadilan dan pelaku yang sedang diburu polis akan tertangkap jua.

Bukan itu sahaja, orang ramai turut berasa sebak apabila Ismanira berkongsi foto lama dan meluahkan perasaannya di atas pemergian Zayn Rayyan.

Screenshot 1215

BACA: Kes Zayn Rayyan: Polis Bawa Keluar Dua Kotak Besar Selepas Periksa Rumah Ke Rumah

Terdahulu, susulan kes Zayn Rayyan pasukan Forensik Polis PDRM dilihat membawa dua kotak besar keluar selepas melakukan pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Screenshot 2023 12 22 190125
  • Screenshot 1215
  • Ohmedia  Zayn
  • Screenshot 2023 12 22 190125
  • Screenshot 1215
  • Ohmedia  Zayn

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas