Connect with us

Oh! Media

Hubungan Seks Dan Parti Liar Dilarang Sepanjang Kejohanan Piala Dunia 2022 Di Qatar

Trending

Hubungan Seks Dan Parti Liar Dilarang Sepanjang Kejohanan Piala Dunia 2022 Di Qatar

Kejohanan bola sepak dunia yang paling ditunggu-tunggu, Piala Dunia 2022 akan berlangsung pada 21 November akan datang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Terima Kasih Ultras Malaya” – Kim Pan Gon Puji Penyokong, Akui ‘Pemain Ke-12’ Bantu Harimau Malaya Atasi Turkmenistan

Buat pertama kalinya, kejohanan bola sepak yang berprestij itu akan diadakan di sebuah negara Arab, iaitu Qatar.

Seks dan parti tidak dibenarkan

Seperti yang kita tahu, hubungan seks luar nikah sama sekali tidak dibenarkan di negara yang mempunyai penduduk dengan majoritinya beragama Islam. Sehubungan dengan itu, Qatar mengeluarkan beberapa amaran buat para penyokong yang akan berkunjung ke negara itu nanti.

Memetik laporan Daily Star, mereka yang berkunjung ke Qatar sama sekali tidak dibenarkan untuk melakukan hubungan seks bebas dan juga mengadakan parti.

Seks tidak dibenarkan, melainkan anda datang sebagai pasangan suami isteri.

Jika terdapat penyokong dan pengunjung yang ditangkap melakukan perkara itu, mereka bakal berdepan risiko dipenjara.

Parti dan pesta turut tidak dibenarkan. Semua orang perlu mematuhi peraturan ini jika tidak mahu mempunyai risiko untuk masuk ke dalam penjara.

Ini merupakan larangan seks yang pertama dilakukan sewaktu kejohanan Piala Dunia. Peminat perlu bersedia.

Meskipun FIFA mengamalkan konsep “semua dialu-alukan” sepanjang kejohanan itu, tetapi terdapat laporan menyatakan peminat yang mempunyai nama keluarga berbeza dilarang daripada menempah dan berkongsi bilik hotel.

Wah, pertama kali peraturan macamni diperkenalkan pada kejohanan Piala Dunia. Apa pendapat korang dengan peraturan ni?

Kredit: Daily Star

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas