Connect with us

Oh! Media

housemate

Oh! Tidak

Individu Luah Rasa Tertekan Dilabel Sombong Dengan Housemate Sebab Tak Duduk Sekali Mengumpat

Housemate korang ok tak? Tinggal di rumah sewa beramai-ramai memang mencabar, apatah lagi kalau setiap orang ada perangai dan cara hidup yang berbeza. Kadang-kadang, keadaan ini boleh menimbulkan ketegangan antara penyewa.

Baru-baru ini, seorang individu berkongsi kisahnya di media sosial mengenai masalah dengan housemate hanya kerana dirinya seorang introvert.

IKLAN

Dicop sombong sebab jarang berbual…

Menurut individu tersebut, dia lebih suka buat hal sendiri dan hanya bercakap bila perlu. Bagaimanapun, perkara itu tidak disenangi oleh housemate yang menganggapnya sombong.

Saya cuma tertanya-tanya. Kalau anda punya housemate atau roommate buat hal sendiri, introvert dan cakap bila perlu je, you guys rasa annoyed gila-gila ke?

Baru-baru ni saya perasan housemate saya asyik cakap marah-marah dekat saya. Mula-mula saya diam. Lepas tu saya confront. Saya tanya apa masalah diaorang sebenarnya dengan saya?

And guess what, dia cakap saya tak nak sembang langsung dengan diaorang. Ada je tegur-tegur tapi kebanyakan masa buat hal sendiri je. Dosa ke?- Luahnya.

Tak nak terlibat dengan ‘Geng Bawang’…

Individu ini turut menafikan dirinya sombong dan menjelaskan dia memilih untuk menjauhkan diri kerana tidak mahu terjebak dalam persekitaran toksik.

You guys tahu tak apa yang diaorang selalu sembangkan? Hal orang! Sat (kejap) mengata orang ni, sat mengata orang tu. Saya tak mahu terlibat dalam drama jadi saya pilih untuk buat hal sendiri tapi kadang-kadang ada je tegur.

Cuma diaorang annoyed sebab saya tak join geng bawang diaorang. Tiap hari nak balik kerja, saya menangis sebab tahu perlu hadap benda ini lagi. Orang balik rumah nak rehat, nak tenang. Ini terbalik pula.- Katanya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyarankan individu berkenaan untuk berpindah ke rumah lain bagi mengelakkan tekanan emosi.

#ApaKataOhmedia

Kalau tinggal serumah, sepatutnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Tak semua orang suka berbual atau bersosial 24 jam. Ada yang lebih selesa dengan privasi sendiri.

Kalau tak suka dengan perangai housemate, berbincanglah secara baik. Tak perlu nak mengata atau mencipta suasana toksik. Yang penting, masing-masing jaga hal sendiri dan hormati ruang peribadi orang lain.

housemate

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas