Connect with us

Oh! Media

(Video) Tindakan Pantas Orang Awam Gagalkan Cubaan Menculik Kanak-Kanak Patut Dipuji

menculik

Oh! Tidak

(Video) Tindakan Pantas Orang Awam Gagalkan Cubaan Menculik Kanak-Kanak Patut Dipuji

Sungguh mendebarkan! Itulah apa yang kita dapat rasakan selepas melihat video menunjukkan situasi cubaan menculik kanak-kanak lelaki di Pasir Gudang pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Dalam video yang tersebar itu, dilihat seorang lelaki telah menarik seorang budak dan disedari orang awam apabila mendengar suara mangsa menjerit meminta tolong. Kejadian itu dilaporkan berlaku di hadapan mekdi Taman Kota Masai pagi tadi.

Video penuh kejadian cubaan culik kanak-kanak.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 11.30 pagi. Suspek yang berjaya ditahan orang awam di lokasi kemudian diserahkan kepada anggota ronda cegah jenayah.

Suspek OKU mental dan positif dadah.

Siasatan awal mendapati ketika kejadian kanak-kanak itu berjalan dari Sekolah Agama (SA) Taman Scientex dan suspek mempelawa mangsa menumpang motosikal untuk dihantar pulang.

Suspek berusia pertengahan 20-an adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine.

Kejadian seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda. Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas