Connect with us

Oh! Media

“Haruan Makan Anak” – Penganggur Didakwa Rogol Dan Liwat Anak Kandung Usia 3 Tahun

Oh! Tidak

“Haruan Makan Anak” – Penganggur Didakwa Rogol Dan Liwat Anak Kandung Usia 3 Tahun

Hari ini, seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan merogol dan meliwat anak kandungnya pada bulan yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Liwat Adik Tiri Berusia 7 Tahun, Remaja Lelaki Ditahan Pihak Polis

Kejadian dikatakan berlaku ketika isteri tertuduh keluar bekerja di Singapura dan tertuduh yang merupakan penganggur tinggal bersama mangsa dan empat anak mereka yang lain.

Kesalahan seksual

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir tidak memberi sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan kes yang serius.

Pada masa sama, tertuduh tinggal sebumbung bersama mangsa yang merupakan anak kandungnya dan wujud kebarangkalian yang sangat tinggi untuk tertuduh mengganggu serta berhubung dengan mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak perempuan bongsunya yang berusia tiga tahun 11 bulan. Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meliwat kanak-kanak yang sama dan kedua-dua perbuatan itu dilakukan dalam bilik air di rumah keluarga itu di Tampoi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas