Connect with us

Oh! Media

Liwat Adik Tiri Berusia 7 Tahun, Remaja Lelaki Ditahan Pihak Polis

Polis1

Trending

Liwat Adik Tiri Berusia 7 Tahun, Remaja Lelaki Ditahan Pihak Polis

Sangat mengejutkan apabila seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan pihak polis selepas dipercayai meliwat seorang kanak-kanak lelaki yang baru sahaja berusia 7 tahun. Biar betik?

BACA: Guru Ditahan, Liwat Penghuni Pusat Tahfiz

Memetik laporan daripada Harian Metro, remaja terbabit yang merupakan abang tiri kepada mangsa melakukan perbuatan tersebut di Karak pada Ahad yang lalu.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan, Zaiham Mohd Kahar, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian melalui ayah kandung kepada mangsa.

Pihak polis menerima laporan dari seorang lelaki warganegara tempatan berusia 34 tahun tentang anak kandungnya yang berusia tujuh tahun di liwat oleh abang tirinya yang berusia 17 tahun.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis, Bentong membuat tangkapan terhadap suspek.

Tambah Zaiham lagi, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 6 November depan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas