Connect with us

Oh! Media

“Harap 7 Keturunan Dia Ramai Menjanda” – Buat Marketing Murahan, Jenama Vape Dikecam Netizen

Oh! Tidak

“Harap 7 Keturunan Dia Ramai Menjanda” – Buat Marketing Murahan, Jenama Vape Dikecam Netizen

Zaman sekarang ni merupakan satu zaman di mana ramai pengusaha produk atas talian yang begitu mudah untuk melakukan marketing tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar untuk menjual produk-produk mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: “Wahai Founder Produk Berhenti Jadikan Kaabah Sebagai Alat Marketing”- PU Rahmat Ikhsan

Tak dinafikan, marketing yang dilakukan mereka itu begitu hebat dan berjaya sehinggakan ramai jutawan muda dilahirkan menerusi penjualan produk atas talian ini.

Namun begitu, dapat kita lihat segelintir pengusaha produk memilih untuk menggunakan cara marketing yang tidak sepatutnya dan tidak sesuai untuk ditonton orang ramai.

Kereta dipandu lelaki penuh dengan tulisan ‘janda’

Tular di media sosial mengenai satu video memaparkan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki di ibu kota.

Dapat dilihat kereta yang dipandu lelaki tersebut diconteng dengan perkataan ‘janda’ serta beberapa tulisan yang kurang elok untuk dibaca.

Marketing ‘sampah’ jenama vape

Setelah diselidik beberapa pengguna Twitter yang lain, difahamkan video yang tular itu merupakan salah satu cara marketing yang dilakukan sebuah syarikat menjual vape.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam syarikat berkenaan yang melakukan marketing dengan cara begitu rupa.

Kredit: Twitter kakseripah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas