Connect with us

Oh! Media

Hanya Kerana Tegur Jiran, Warga Emas Parah Ditetak

Trending

Hanya Kerana Tegur Jiran, Warga Emas Parah Ditetak

Seorang warga emas parah ditetak selepas menegur seorang lelaki yang didakwa membaling batu dan kayu di kawasan sekitar tanpa sebab semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Penagih Dadah Serah Diri, Mengaku Tetak Leher Ibu Tiri Hingga Maut

Memetik laporan daripada Harian Metro, suspek yang merupakan jiran kepada mangsa itu dikatakan berang selepas perbuatannya itu ditegur warga emas terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, suspek yang berusia 45 tahun didapati tidak bekerja dan merupakan seorang penagih dadah.

Mangsa cuba menegur perbuatan suspek dan ia dipercayai menyebabkan suspek berang sebelum balik ke rumah untuk mengambil sebilah parang.

Suspek kemudiannya datang kembali dan terus menetak kepala mangsa sehingga luka.

Tambah Mohd Zaidi lagi, suspek kemudiannya terus melarikan diri dan masuk ke dalam kawasan hutan berhampiran kampung tersebut selepas melihat kepada keadaan kepala mangsa yang berdarah.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) bagi mendapatkan rawatan.

Sebaik menerima maklumat, polis terus menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lok Urai, di sini, jam 4.30 petang.

Sebilah parang sepanjang kira-kira 0.6 meter yang dipercayai digunakan suspek menyerang mangsa turut dirampas.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas