Connect with us

Oh! Media

“Hanya Bertuala, Masuk Bilik Dan Terus Peluk Saya” – Wanita Dicabul Rakan Serumah Lelaki?

Trending

“Hanya Bertuala, Masuk Bilik Dan Terus Peluk Saya” – Wanita Dicabul Rakan Serumah Lelaki?

Seorang wanita dicabul seorang juruteknik yang merupakan rakan serumahnya di Taman Gembira, Klang semalam.

ADVERTISEMENT

BACA : Lelaki Ceroboh Dan Rogol Warga Emas Yang Sedang Tidur Di Pusat Kebajikan

Menurut laporan Harian Metro, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun itu telahpun ditahan di rumah sewa itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong.

Kejadian berlaku pada jam 8 pagi ketika mangsa yang berusia 25 tahun itu berada di dalam sebuah bilik sewa dirumah yang sama dengan suspek. 

Mangsa mendakwa suspek yang hanya bertuala dan tidak berbaju itu mendekati dan memeluk mangsa dari bahagian hadapan.

Kemudian, mangsa bertindak untuk menolak dan menepis tangan lelaki berkenaan sebelum keluar dari biliknya dan meminta bantuan. 

Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 380, Kanun Keseksaan. Kini, lelaki berkenaan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan.

Itulah yang terjadi apabila nafsu menguasai diri. Apapun, lebih baik kalau kita menyewa di rumah sesama jantina agar perkara sebegini dapat dielakkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas