Connect with us

Oh! Media

“Hanya 0.009% Peratus Kematian Babitkan Penerima Lengkap Vaksin Daripada 1 Juta Individu” – KJ

Khairy Jamaluddin

Trending

“Hanya 0.009% Peratus Kematian Babitkan Penerima Lengkap Vaksin Daripada 1 Juta Individu” – KJ

Hanya 0.009 peratus daripada sejuta individu yang divaksin meninggal dunia akibat wabak yang melanda dan menurut laporan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

ADVERTISEMENT

BACA : “Kelonggaran Rentas Negeri Dalam Tempoh Terdekat” – KJ

Menurut laporan Harian Metro, kes kematian yang membabitkan golongan divaksin pula adalah sebanyak 81 peratus yang merupakan individu berusia lebih 60 tahun dan mempunyai komorbiditi.

Walaubagaimanapun, KKM akan terus berusaha untuk mengurangkan lagi kes brought in dead (BID) ataupun kematian diluar hospital dan akan mengenal pasti langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kes berkenaan. 

Sebanyak 2,417 kes BID direkodkan sehingga Ogos dengan 217 kes adalah di bawah pemantauan KKM serta pengamal perubatan swasta (GP) dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. 

Daripada jumlah keseluruhan itu, 86 peratus pula adalah kematian yang bukan berada dalam pemantauan kementerian dan GP. 

Katanya juga, pesakit dalam Kategori Tiga telah diputuskan untuk dihantar untuk rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala, pesakit berisiko tinggi untuk Kategori Dua juga akan dihantar PKRC agar pemantauan lanjut boleh dilakukan oleh petugas KKM.

Apapun, jangan lupa untuk patuh SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengurangkan risiko dijangkiti wabak ini. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas