Connect with us

Oh! Media

“Hampir Setahun Tinggal Asing” – Dituduh Curang Dengan Polis, Isteri Kongsi Cerita Sebenar

Ohmedia isteri Curang

Oh! Tidak

“Hampir Setahun Tinggal Asing” – Dituduh Curang Dengan Polis, Isteri Kongsi Cerita Sebenar

Terdahulu, tular di TikTok video memaparkan seorang lelaki menerjah isterinya yang didakwa curang dengan anggota polis.

Menerusi video itu, si isteri dilihat mengunci dirinya dalam kereta dan memecut lari selepas didesak untuk keluar.

Terbaru, isteri tampil menceritakan situasi dari pihaknya. di mana dia dan suami sebenarnya sudah hampir setahun tinggal berasingan.

IKLAN
Kena Pukul Suami

Selama tak sampai 2 tahun perkahwinan yang ni saya dapat. Adakah saya patut stay dengan orang yang mudah naik tangan hanya semata-mata menutupi kesalahan dia.

Mereka kini dikatakan dalam proses bercerai tetapi suami enggan memberikan kerjasama. Dedahnya, dia sering dipukul suami dan suami curang dengan ramai wanita.

Sebelum nekad cerai, dia sudah memberi banyak peluang kepada suami dan cuba berbincang cara baik tetapi gagal.

Sepanjang proses penceraian saya tiada disabitkan oleh lelaki tersebut tentang nusyuz, tiada istilah curang atau apa-apa tetapi disebabkan kuasa viral orang hanya mendengar sebelah pihak.

Semua ini berlaku disebabkan saya yang menafkahi diri saya sendiri serta anak yang bersama saya. Saya terpaksa membuat 2-3 kerja termasuk grab sambilan untuk membayar hutang yang tertunggak disebabkan lelaki tersebut yang menghalangi saya berkerja sebelum ini.

Dedah isteri lagi, suaminya seorang yang tidak bertanggungjawab dan dia terpaksa keluar rumah untuk mencari rezeki.

Suaminya pula enggan melepaskan dirinya dan berniat mahu gantungnya tidak bertali.

Perkongsian penuh:

Ohmedia isteri Curang

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook muny.haniey


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas