Connect with us

Oh! Media

Guru Sambung Perkosa Pelajar Sendiri Lepas Tangkap Mangsa Berasmara Dengan Teman Lelaki Di Pantai

rogol

Trending

Guru Sambung Perkosa Pelajar Sendiri Lepas Tangkap Mangsa Berasmara Dengan Teman Lelaki Di Pantai

Apa sudah jadi? Kita ingatkan seorang guru akan melindungi dan membimbing pelajar tapi lain pula yang jadi. Itulah yang dinamakan manusia yang tak lari dari melakukan kesalahan.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Tribun News, pihak polis telah menahan seorang guru yang dituduh memperkosa seorang pelajar perempuan, 18 tahun. Kejadian itu berlaku di daerah Waesama, Buru Selatan, Muluku.

Berdasarkan laporan, tertuduh adalah seorang guru yang mengajar subjek agama di sekolah. Sebelum kejadian, guru terbabit terlebih dahulu menangkap mangsa dan kekasihnya yang sedang melakukan hubungan intim di belakang rumah guru terbabit yang memiliki sebuah pantai talud.

Mangsa ditinggalkan kekasih dalam keadaan separuh bogel

Kekasih mangsa yang panik terus melarikan diri dan meninggalkan mangsa sendirian. Mangsa yang masih terkejut akibat ditangkap guru terbabit tidak sempat melarikan diri dan masih dalam keadaan separuh bogel.

Semasa kekasih mangsa lari meninggalkan mangsa, gadis tersebut sendirian dan masih tidak memakai seluar. – Kata pegawai polis, Aipda MYS Dhamaludin.

Pada waktu inilah guru itu pula mengambil kesempatan ke atas mangsa dan mengarahkan mangsa untuk melayan dirinya. Mangsa yang cuba menolak dan melawan diugut guru terbabit untuk melaporkan perbuatan mangsa itu dengan ibu bapa. Guru itu turut mengugut untuk melaporkan kejadian itu kepada ketua kampung.

Mangsa yang tidak dapat pergi ke mana-mana dan berasa takut terpaksa melakukannya. Guru terbabit kemudian membenarkan mangsa untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai melakukan perkara terkutuk itu.

Abang mangsa terus buat laporan polis

Mangsa yang dalam keadaan trauma memberitahu keluarganya dua hari kemudian tentang apa yang berlaku. Abang mangsa kemudian membuat laporan polis pada 29 November 2021.

Penjenayah itu ditahan di Balai Polis Waisama bagi mengelak amarah keluarga mangsa. Dia belum dikatakan sebagai suspek, namun akan disiasat kemudian dan setelah itu baru dikatakan sebagai suspek. – Kata polis.

Setakat ini kes masih disiasat dakwaan ke atas guru terbabit kerana cerita ini hanya datang dari sebelah pihak iaitu mangsa. Apapun diharapkan kejadian seperti ini tidak berlaku di negara kita.

Kredit: Tribun News

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas