Connect with us

Oh! Media

Cikgu Wanita Ditahan Hantar Video Lucah Kepada Anak Muridnya

gangguan seksual

Trending

Cikgu Wanita Ditahan Hantar Video Lucah Kepada Anak Muridnya

Seseorang yang bergelar guru memegang tanggungjawab untuk memberi ilmu dan mendidik anak muridnya. Tidak kira muda atau tua, siapa sahaja yang ada keinginan untuk belajar pasti akan mencari seorang guru untuk membimbing mereka.

ADVERTISEMENT

Tapi tidak dinafikan ada segelintir guru yang mengambil kesempatan tidak kira dari segi cara mengajar atau cara mereka melayani anak murid. Antara perkara yang membimbangkan adalah kes gangguan seksual dari guru itu sendiri terhadap pelajarnya.

Guru bermasalah terlalu ikut nafsu!

Terbaru, seorang guru ganti di Cleveland, Amerika Syarikat telah ditahan selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya.

Guru muda, Emily Jean Durden, 19 tahun itu didakwa menghantar video lucah kepada pelajarnya yang baru berusia 13 dan 15 tahun.

Laporan ini diterima dari ibu bapa pelajar terbabit yang turut membawa bukti perbuatan guru muda terbabit pada 18 November lalu. Lebih mengejutkan, itu bukanlah kali pertama ia berlaku kerana lebih banyak pula aduan sama diterima dari pelajar lain.

Guru muda mengaku bersalah

Selepas siasatan giat dilakukan, Durden mengaku bersalah dan ditahan pihak berkuasa untuk tindakan undang-undang. Ini menjadikan Durden yang baru berusia 19 tahun sebagai guru termuda ditahan atas kesalahan jenayah di Cleveland.

Kredit: Daily Star

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas