Kecoh di media sosial mengenai sebuah kereta Perodua Kembar yang enggan memberi laluan kepada ambulans sehinggakan seorang pesakit dilaporkan meninggal dunia.
Difahamkan, pemandu kenderaan tersebut tidak mahu memberi laluan kepada ambulans yang dalam perjalanan ke hospital walaupun siren sedang berbunyi.
IKLAN
Bukan itu sahaja, hon turut diberikan, tetapi tidak diendahkan dan telah melambatkan usaha petugas perubatan untuk segera ke Hospital Sri Aman, Sarawak.
Seperti dalam video, Perodua Kembara itu enggan memberi laluan kepada ambulans, dalam keadaan siren ambulans berbunyi. Kami perlu membawa pesakit segera ke Hospital Sri Aman II.
Menurut Jerry Rentap, ada dua petugas perubatan yang sedang memberikan bantuan CPR kepada pesakit.
Harap orang ramai sebagai pengguna jalan raya lebih peka dan memberi kerjasama ambulans membunyikan siren di jalan raya. Anda tidak tahu jika pesakit yang dibawa ambulans itu dengan siren kecemasan berkemungkinan adalah saudara kamu. Buang perasaan bongkak itu.
Dalam pada itu, isteri kepada pesakit tersebut, Annie Andrew meluahkan rasa kecewa dengan sikap pemandu berkenaan sehingga menyebabkan suaminya, Morgan Alban gagal untuk dikejarkan ke hospital.
Orang di dalam ambulans itu adalah suami saya. Saya akan ingat nombor kereta awak san bila-bila. Suami saya telah meninggal dunia
Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang petugas kesihatan wanita seronok merakam video sewaktu berada di dalam ambulans untuk tujuan peribadi.
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.