Connect with us

Oh! Media

Keluar Rumah Dengan Alasan COD Barang, Gadis Ditemui Maut Angkara Kekasih Sendiri

Ohmedia gadis Maut

Oh! Tidak

Keluar Rumah Dengan Alasan COD Barang, Gadis Ditemui Maut Angkara Kekasih Sendiri

Tragedi menyayat hati berlaku di Jombang, Indonesia apabila seorang gadis berusia 19 tahun, Putri Regina Amanda ditemukan maut dalam keadaan mengerikan di Saluran Induk Mrican Kanan, Dusun Peluk.

Lebih menyedihkan, pembunuhan kejam ini didalangi oleh kekasihnya sendiri bersama dua rakan lain.

Minta izin dengan ayah mahu COD barang

Cod
Kredit Achmad RWRadar Jombang

Memetik laporan media Indonesia, Putri keluar rumah pada petang Isnin (10 Februari) untuk berjumpa seseorang yang dikenali melalui media sosial.

IKLAN

Mangsa memberi alasan kepada bapanya mahu COD barang yang dibeli secara online. Pada hari kejadian, mangsa keluar seorang diri menaiki motosikal Honda Vario miliknya.

Namun, sehingga jam 8 malam Putri tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi. Keluarga mula risau apabila panggilan telefon hanya bersambung sekitar jam 1 pagi tetapi masih tiada jawapan.

Hasil siasatan polis mendapati alasan COD hanyalah rekaan untuk bertemu teman lelaki barunya, seorang buruh binaan yang tidak bersekolah.

Sebenarnya jumpa kekasih baru dikenali melalui media sosial

Maut Indonesia
Kredit SuaraJatimZen Arivin

Perjumpaan mereka bermula di Mojowangi sebelum suspek membawa Putri ke sebuah kedai kopi dan seterusnya ke rumah rakannya di Kediri.

Di rumah tersebut, Putri bertemu dua lagi suspek dan ketiga-tiga lelaki itu mula berpesta arak hingga mabuk.

Suspek kemudian bertindak biadap memperkosa mangsa secara bergilir-gilir. Mangsa yang cuba melawan dipukul dengan kejam menyebabkan kecederaan parah di kepala dan pendarahan serius di bahagian perut.

Mangsa dalam keadaan lemah diheret menaiki motosikal sebelum dicampak ke dalam sungai dalam keadaan masih bernyawa!

Pembunuh rancang ‘hapuskan’ bukti

Gadis
Kredit Achmad RWRadar Jombang

Bagi menutup jenayah mereka, motosikal dan telefon bimbit mangsa dirampas dan dijual pada harga Rp 2.2 juta (lebih kurang RM650).

Polis bagaimanapun berjaya mengesan transaksi itu dan kini sedang memburu individu yang membeli motosikal tersebut.

Ketiga-tiga suspek akhirnya berjaya ditangkap dan salah seorang daripada mereka terpaksa ditembak di bahagian kaki kerana cuba melarikan diri.

Ohmedia gadis Maut

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: radarjombang


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas