Connect with us

Oh! Media

Gadis Kantoi Buat Report Polis Palsu Kononnya Disamun Dan Diperkosa Bergilir-Gilir

Trending

Gadis Kantoi Buat Report Polis Palsu Kononnya Disamun Dan Diperkosa Bergilir-Gilir

Padah membuat laporan polis palsu, seorang wanita warga asing berusia 20 tahun dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya esok.

ADVERTISEMENT

BACA: Lapor Polis Konon Wang RM39k ‘Hilang’, Boss Guna Gaji Pekerja Untuk Main Judi?

Wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 182 kanun keseksaan dan jika sabit kesalahan suspek berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Menerusi kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, pada 1 Februari lalu pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada seorang wanita mendakwa telah disamun dan dirogol lima lelaki warga Afrika ketika berada di tepi jalan Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan Selangor.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, wanita berkenaan mendakwa barangnya telah diambil dan dia juga telah dirogol secara bergilir-gilir.

Bertindak di atas maklumat itu, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut dan hasil siasatan daripada doktor perubatan mendapati tiada kesan rogol terhadap pengadu.

Pengadu telah dibawa ke kawasan kejadian dan semasa di tempat kejadian, pengadu gagal menunjukkan bagaimana dan tempat kejadian sebenar yang berlaku.

Pengadu juga gagal mengecam wajah lima orang saspek warganegara Afrika tersebut.

Setelah mendapati terdapat keraguan terhadap laporan polis yang dibuat, satu kertas siasatan telah dibuka dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.

Pihaknya memandang serius isu ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang membuat laporan palsu.

Kredit: Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas