Connect with us

Oh! Media

Gadis 9 Tahun Diperkosa, Bapa Dakwa Ahli Politik ‘Tawar’ Duit Tutup Kes

ahli politik

Trending

Gadis 9 Tahun Diperkosa, Bapa Dakwa Ahli Politik ‘Tawar’ Duit Tutup Kes

Kejadian di Jawa Tengah Indonesia, seorang ahli politik didakwa telah menawarkan 500,000 rupiah, bersamaan RM150 untuk menutup kes seorang gadis yang dirogol oleh guru silat.

ADVERTISEMENT

BACA: Kononnya Disamun Dan Diperkosa Bergilir-Gilir, Wanita Buat Laporan Palsu Didenda RM2k

Menerusi laporan Utusan, gadis yang menjadi mangsa serakah manusia itu berusia 9 tahun dan dia telah dirogol pada dua tahun lepas.

Suspek bebas bersama keluarga

ahli politik

Bapa kepada mangsa yang kini berada di Sukodono, Jawa Tengah meluahkan rasa kecewa dengan pihak polis kerana sehingga kini tiada sebarang keadilan buat anaknya.

Suspek juga difahamkan masih bebas di taman perumahan bersama keluarganya.

Saya cuba menuntut keadilan sehingga pernah ditawarkan wang tunai daripada ahli politik untuk menutup kes rogol tersebut.

Pihak polis sudah mengambil barang bukti seperti seluar dalam dengan tompokan darah dan cecair sperma suspek. 

Sampai sekarang masih jadi pertanyaan ke mana barang bukti itu sehinggalah saya disuruh mencucinya di hadapan anggota polis.

Pengarah Institut Bantuan Perundangan, Mawar Saron Solo juga mengatakan ibu bapa mangsa pernah diganggu sehingga mangsa dan keluarganya terpaksa pergi ke hutan untuk bersembunyi selama 1 hari.

Semoga pembalasan yang setimpal akan dikenakan buat suspek dan mereka yang terlibat.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas