Connect with us

Oh! Media

Fitnah Terima Bayaran RM15 Juta, Perdana Menteri Saman Muhyiddin Yassin

Trending

Fitnah Terima Bayaran RM15 Juta, Perdana Menteri Saman Muhyiddin Yassin

Seperti yang kita tahu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengeluarkan kenyataan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima bayaran sebanyak RM15 juta sewaktu menjadi penasihat ekonomi bagi negeri Selangor.

ADVERTISEMENT

BACA: Perdana Menteri Failkan Saman Ke Atas MB Kedah Muhammad Sanusi, Ini Puncanya!

Terbaru, sumber daripada MalaysiaKini memaklumkan bahawa Anwar memfailkan saman terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan fitnah tersebut di Mahkamah Tinggi menerusi firma guaman, Tetuan S. N. Nair & Partners.

Berdasarkan penyataan tuntutan, Anwar, 75, mendakwa Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Muhammad Yassin, 75, telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim sewaktu kempen PRU15 pada 5 Disember lalu.

Anwar turut mendakwa kenyataan-kenyataan berbaur fitnah itu sedikit sebanyak telah menggambarkan dirinya sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak jujur.

Kenyataan fitnah ini dirancang terlebih dahulu bertujuan untuk memperlekehkan, memfitnah reputasi dan perwatakan saya secara serius selain memburukkan nama baik dan karakter saya yang merupakan penyokong teguh kedaulatan undang-undang serta reformasi sosial.

Muhyiddin keberatan untuk memohon maaf dan menarik balik (kenyataan) yang sama tetapi terus menerbitkan perkataan fitnah itu dengan sengaja dan tidak memadamkannya sehingga kini.

Justeru itu, Anwar menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan bagi setiap kenyataan fitnah yang dibuat Muhyiddin.

Dalam pada itu, Anwar turut menuntut injunksi terhadap defendan daripada terus menerbitkan atau mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai Anwar.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas