Connect with us

Oh! Media

FIFA Singkir Rusia Daripada Piala Dunia 2022, UEFA Turut Lakukan Perkara Sama

fifa

Oh! Tidak

FIFA Singkir Rusia Daripada Piala Dunia 2022, UEFA Turut Lakukan Perkara Sama

Nampaknya semakin banyak sekatan yang dikenakan Eropah kepada Rusia selepas bertindak melakukan pencerobohan ke atas Ukraine. Ini apabila Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggesa semua persekutuan sukan dan penganjur menyingkirkan atlet Rusia dan Belarus yang terlibat dalam acara antarabangsa.

ADVERTISEMENT

Berikutan dari saranan IOC itu, badan induk bola sepak antarabangsa, FIFA menjadi yang terawal untuk menghalang Rusia daripada bertanding di pentas Piala Dunia 2022.

Sudah pasti, pihak Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) melakukan perkara sama dengan menggantung pasukan kebangsaan Rusia dan kelab di negara itu dalam semua aksi antarabangsa.

Bola sepak ialah sukan perpaduan dan kami bersatu dengan semua yang terkesan di Ukraine. – Kata FIFA dan UEFA dalam satu kenyataan.

Pihak IOC turut mendakwa mereka terpaksa melakukan keputusan yang berat memandangkan atlet Rusia bebas untuk bertanding tetapi atlet Ukraine terhalang kerana negara mereka diserang.

Bagus apa yang dilakukan IOC, FIFA dan UEFA ni, tapi apa pula yang mereka lakukan bila negara Islam diserang? Contohnya apabila Israel menyerang Gaza. Perpaduan sangat!

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas