Connect with us

Oh! Media

Nama Kena Petik Isu Influencer Kedekut, Makan Tak Bayar, Fara Mendoza Buka Mulut

Fara Mendoza

Oh! Tidak

Nama Kena Petik Isu Influencer Kedekut, Makan Tak Bayar, Fara Mendoza Buka Mulut

Tular baru-baru ini di media sosial apabila peniaga makanan tempatan mendedahkan sikap segelintir influencer yang mahu makan secara percuma.

Dakwanya, dia pernah berhadapan situasi di mana influencer hadir ke kedai kononnya mahu review makanan yang dipesan dan enggan membayarnya.

“Acah influencer makan tak bayar”

Walaupun tidak menyebut nama secara langsung, ramai netizen membuat spekulasi dan mula mengaitkan nama pempengaruh terkenal, Fara Mendoza. Biar betul?

IKLAN

Nama kena petik, Fara Mendoza nafi tuduhan

Fara tidak berdiam diri tampil mempertahankan diri dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Menurutnya, sepanjang hidup dia tidak pernah culas untuk membayar kecuali jika dipanggil untuk membuat review kedai makan.

Fara Mendoza

Fara juga menyatakan bahawa dia terkejut difitnah sebegitu dan menganggap tindakan tersebut sangat tidak wajar.

Fara Mendoza

Dia turut menitipkan pesanan kepada pihak yang memetik namanya agar sedar kesan daripada kata-kata mereka.

Dia bersyukur mendapat ‘pahala percuma’ disebabkan fitnah tersebut.

Pssttt! Kalau betul ada influencer yang makan tak nak bayar, itu memang tak patut lah kan? Kecuali jika mereka dibayar untuk membuat ulasan makanan di kedai. Itu lain citer..

Kredit: TikTok | Instagram Fara Mendoza
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas