Connect with us

Oh! Media

Ejen Kosmetik Diculik: Bapa Mentua Hanya Tahu Menantu Jual Rokok Seludup, Bukannya Seludup Dadah

ejen kosmetik

Trending

Ejen Kosmetik Diculik: Bapa Mentua Hanya Tahu Menantu Jual Rokok Seludup, Bukannya Seludup Dadah

Baru jer tadi Ohmedia kongsikan plot twist yang agak mengejutkan tentang kes penculikan seorang wanita yang dilarikan sekumpulan lelaki. Ini apabila hasil siasatan pihak polis mendapati suami mangsa dipercayai terlibat dengan sindiket dadah.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Ejen Kosmetik Kena Culik Ditahan Polis, Dipercayai Ahli Penyeludupan Dadah

Hasil siasatan itu bukan sahaja mengejutkan kita tetapi turut mengejutkan bapa mangsa apabila dimaklumkan menantunya terlibat dengan dadah.

Susah nak percaya tapi kalau betul kenapa culik anak saya?

Saya hanya tahu menantu pernah terbabit dalam perniagaan rokok seludup sahaja tapi kegiatan lain yang menyalahi undang-undang saya tidak tahu.

Yang saya tahu, dia (menantu) ada jual rokok seludup sahaja, rasa susah nak percaya. Tapi kalau betul-betul terbabit dalam kes jenayah, kenapa perlu libatkan anak saya, kenapa dia yang diculik. – Luah warga emas berusia 70 tahun.

Dalam pada itu, bapa mangsa turut berasa terkilan kerana tidak berjaya menyelamatkan anaknya ketika dilarikan.

Saya rela mati demi anak dan ketika kejadian, saya diacu sebilah pisau oleh lelaki itu, namun masih cuba melawan sebelum terpaksa berundur apabila ditunjukkan pistol/

Sekarang keluarga hanya mampu berharap pihak polis dapat menyelamatkan mangsa yang kini mungkin berada di negara jiran, Thailand.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas