Connect with us

Oh! Media

Bapa Adik Surya Palingkan Muka Ibu Melihat Jenazah Anaknya Diusung Keluar

Oh! Tidak

Bapa Adik Surya Palingkan Muka Ibu Melihat Jenazah Anaknya Diusung Keluar

Ibu kepada mangsa bunuh Siti Nur Surya Ismail yang mengalami penyakit kanser otak hanya mampu terbaring dan melihat anaknya mati dibunuh dengan kejam baru-baru ini. Tidak cukup kelmarin, petang semalam pula si ibu melihat jenazah anaknya diusung keluar dari rumah. Sungguh menyayat hati!

BACA : Ibu Terlantar Sakit Hanya Mampu Melihat Anak Mati Dibunuh & Putus Tangan Kiri Depan Mata

Disebabkan tidak mampu bergerak, hanya dari atas katil saja Zaini Musa yang berusia 55 tahun melihat peristiwa yang menyedihkan itu. Semasa jenazah diusung keluar, bapa kepada mangsa memberitahu ibunya apa yang berlaku sambil memalingkan muka ibunya itu ke arah keranda. 

Menurut laporan Harian Metro, jenazah Siti Nur Surya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat pada pukul 8.15 malam tadi. Apapun, takziah diucapkan buat keluarga Surya dan semoga tabah atas kehilangan insan yang tersayang. Al-Fatihah (di baca).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca dua peristiwa sedih yang hanya mampu dilihat ibu di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top