Connect with us

Oh! Media

“Done Bakar Kereta Polis, Puas Hati Aku” – Suspek ‘Cari Pasal’ Sudah Ditangkap

Lelaki bakar kereta polis ohmedia

Oh! Tidak

“Done Bakar Kereta Polis, Puas Hati Aku” – Suspek ‘Cari Pasal’ Sudah Ditangkap

Kalau korang perasan, pagi tadi di aplikasi TikTok seorang lelaki ada memuat naik satu video menunjukkan dia berpuas hati selepas membakar sebuah kenderaan polis bantuan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan Mutiara Damansara, kira-kira jam 1 pagi tadi dan lelaki itu bangga melakukan perkara terbabit.

Done bakar kereta polis, puas hati aku. – Tulisnya.

Video berdurasi lima saat itu menunjukkan wajah suspek yang menaiki motor dan memakai helmet sambil menunjukkan kereta yang terbakar di belakang.

IKLAN
Image 55

Pihak polis kemudian menerima lapooran mengenai kejadian itu pada jam 1.52 pagi dan berjaya menahan lelaki berusia 26 tahun di rumahnya di Flora Damansara ada jam 12 tengah hari tadi.

Pihak polis ada buat tangkapan berkaitan kejadian ini. Berdasarkan siasatan awal, motif suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak berpuas hati terhadap kerajaan dan polis. – Kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barang dipercayai digunakan suspek untu membuat bom petrol.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas