Connect with us

Oh! Media

Dompet Seorang Wanita Hilang Di Kedai Coklat Langkawi

coklat

Trending

Dompet Seorang Wanita Hilang Di Kedai Coklat Langkawi

Seorang lelaki warganegara dipercayai telah mencuri dompet seorang wanita di sebuah premis menjual coklat di Pulau Langkawi, semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pelancong Tak Perlu Buat ‘Swab Test’ Ke Langkawi” – Khairy Jamaluddin

Menerusi laman Utusan, jenayah mencuri yang dilakukan oleh lelaki itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai coklat tersebut.

Letak dompet di rak ketika memilih coklat

Rakaman CCTV seorang lelaki mencuri di kedai coklat. (Foto: Utusan)

Laporan kehilangan dompet ini telah diterima oleh pihak Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari pada lewat petang semalam.

Katanya, sebelum kehilangan dompet, wanita tersebut telah meletakkan dompetnya di atas rak, sambil memilih coklat untuk dibeli.

Apabila menyedari kehilangan dompetnya, mangsa cuba mencari dompet tersebut di sekitar kawasan tersebut namun tidak berjaya menemuinya.

Dia kemudian berjumpa dengan pengurus kedai tersebut untuk melihat CCTV dan mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah mengambil dompet yang tertinggal di rak coklat.

Akibat dari kecuaian itu, mangsa telah kehilangan RM300, tiga kad bank dan kad pengenalan. Pencuri itu masih belum dapat dikenal pasti. Semoga wanita ini diberi ketabahan dan semoga pencuri itu segera ditangkap.

Semua yang nak bercuti tu pastikan keselamatan anda dan barang-barang berharga menjadi keutamaan. Jangan leka dan ambil lewa tentang keadaan sekeliling. Pencuri ni, memang tidak akan lepaskan peluang keemasan yang ada. Semoga Tuhan melindungi kita semua..

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas