Connect with us

Oh! Media

Doktor Kantoi Cabul Pekerja Wanita Di Klinik 

doktor cabul pekerja wanita ohmedia

Oh! Tidak

Doktor Kantoi Cabul Pekerja Wanita Di Klinik 

Seorang doktor lelaki berusia 36 tahun didakwa mencabul pekerja wanita di sebuah klinik Bandar Baru Serting, Bahau pada jam 10.30 malam, 19 Februari lepas. Allahu..

Menurut laporan mStar, pertuduhan dibacakan di hadapan majistret, Norshazwani Ishak sebelum tertuduh, Dr Mohamad Amin Razaly mengaku tidak bersalah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

IKLAN

Mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh bersama ahli keluarganya dilarang untuk mengganggu atau menghubungi mangsa.

Doktor berkenaan walau bagaimanapun memberitahu yang dia tidak dapat membayar jaminan sebab kliniknya tutul sementara waktu ini dan tidak mempunyai pendapatan.

Bukan tu jer, dia juga menanggung dua anak, bayi dan komitmen lain. Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan 29 April nanti untuk serahan dokuman dan lantikan peguam.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas