Connect with us

Oh! Media

Doktor Didakwa Rakam Pornografi Dan Amang Seksual Terhadap Pesakit Kanak-Kanak Ketika Dirawat

doktor

Oh! Tidak

Doktor Didakwa Rakam Pornografi Dan Amang Seksual Terhadap Pesakit Kanak-Kanak Ketika Dirawat

Jijik! Kelakukan merakam pornografi dan lakukan amang seksual ke atas pesakit kanak-kanak oleh seorang doktor lelaki tidak boleh dimaafkan sama sekali.

ADVERTISEMENT

Tertuduh, Dr Anas Ramli, 32 difahamkan telah bertugas di sebuah hospital kerajaan di Kuantan Pahang dan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika bertugas di Chukai, Kelantan.

Didakwa lakukan 5 kesalahan pornografi kanak-kanak…

Dr Anas bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan yang melibatkan enam pesakit kanak-kanak pada Disember 2022 hingga 26 Januari 2023.

Tertuduh kemudian didakwa menghasilkan pornografi dalam bentuk gambar lima pesakit perempuan yang berusia 7 hingga 11 tahun di Hospital Kemaman.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, jika sabit bersalah tertuduh boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Turut didakwa lakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan…

Tidak cukup dengan itu, Dr Anas juga dipercayai melakukan amang seksual fizikal kepada pesaki perempuan berusia 12 tahun pada 8 Februari 2023 di hospital sama.

Kesalahan ini didakwa mengikut Kesalahan itu mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, jika sabit bersalah tertuduh boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Baru empat tahun jadi doktor hospital kerajaan…

Tertuduh kemudian diarahkan untuk membayar ikat jamin sebanyak RM120,000 bagi keseluruhan kes. Peguam mewakilinya, Faizal Rahman bagaimanapun meminta jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamannya baru empat tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.

Hakim, Wan Suhaila kemudian meletakkan RM5,000 untuk setiap tuduhan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan sehingga selesai perbicaraan.

Kredit: FMT

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas