Connect with us

Oh! Media

“Ditepuk, Dirai Penonton” – PU Syed Tegur Wanita Bertudung Pegang Tangan, Peluk Afgan Di Konsert

Trending

“Ditepuk, Dirai Penonton” – PU Syed Tegur Wanita Bertudung Pegang Tangan, Peluk Afgan Di Konsert

Kecoh di media sosial semalam apabila seorang wanita bertudung berpelukan dengan penyanyi dari Indonesia, Afgan di konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

Dalam video itu, kelihatan Afgan memegang tangan wanita itu sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi. Selepas itu, Afgan mendepa tangan minta dipeluk sebelum disambut peminat wanita itu.

BACA: “Murah Sangat! Ada Maruah Kan?” – Netizen Kecam Wanita Berhijab Rela Dipeluk Afgan

Terbaru, pendakwah bebas, PU Syed meluahkan rasa kecewa melihat penonton konsert bersorak dan bertepuk tangan melihat perbuatan dosa itu.

Tindakan mereka seolah-olah memberi gambaran perbuatan itu adalah perkara biasa, hanya pelukan seorang penyanyi kepada peminatnya.

Perbuatan dosa disorak-sorak diberi tepukan yang gemuruh. Apa nak jadi dengan kita? Bila ditentang konsert dikatakan kita jumud.. menghalang hiburan. Lihatlah bila ianya diizinkan oleh pihak berkuasa, apa pula yang mereka buat!?

Menurut PU Syed lagi, inilah yang dimaksudkan dengan konsert yang mengundang kemurkaan dan dosa. Beliau sedih melihat begitu mudahnya seorang wanita dipeluk oleh lelaki.

Tambahnya, sebagai seorang Muslim, kita ada pantang larang yang telah ditetapkan agar tak melampaui batas agama.

Beliau menyeru pihak pimpinan melihat semula tatacara pengelolaan dalam melaksanakan konsert-konsert.

Tengok je mereka bersorak gembira konon-kononnya itu peluang terbaik diberikan penyanyi tersebut kepada penonton tadi. Tapi hakikatnya ia mencarik kesucian Islam.

Beliau berpendapat jika tak dapat jaga tatasusila dengan baik, adalah lebih baik konsert tak diluluskan.

Kredit: Instagram PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas