Connect with us

Oh! Media

Susunan Bendera Kedudukan Pingat Sukan SEA ‘Terabur’, CNA Mohon Maaf

Bendera

Trending

Susunan Bendera Kedudukan Pingat Sukan SEA ‘Terabur’, CNA Mohon Maaf

Sukan SEA yang sedang berlangsung di Hanoi, Vietnam ketika ini sedang hangat menjadi perbincangan di media sosial.

Selain pungutan pingat, baru-baru ini kecoh diperkatakan apabila bendera disiarkan berterabur oleh stesen berita 24 jam, Channel News Asia (CNA).

Dalam paparan itu, bendera Malaysia yang berada di tangga kedua dilihat tertukar selain padanan bendera Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei, Kemboja, Laos serta Myanmar turut silap. Hanya bendera Myanmar dan Timor Laste disiarkan dengan betul.

IKLAN

Terbaru, Astro Awani melaporkan CNA menerusi satu kenyataan di Facebook telah tampil memohon maaf. Jelasnya kesilapan tidak disengajakan itu berlaku dalam segmen Asia First yang bersiaran 7.50 pagi Khamis.

Ralat itu disiarkan selama kira-kira 25 saat. Kesilapan ini telah diperbetulkan untuk kemas kini Sukan SEA berikutnya semasa Asia First, termasuk menyiarkan permohonan maaf.

Pihaknya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua penonton dan mengakui kesal kerana tidak mencapai standard profesional yang diharapkan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas