Connect with us

Oh! Media

Didakwa Scammer, Suruhanjaya Sekuriti Keluar Amaran Mengenai Suami Heliza Helmi

Heliza Helmi

Oh! Tidak

Didakwa Scammer, Suruhanjaya Sekuriti Keluar Amaran Mengenai Suami Heliza Helmi

Kecoh di media sosial dakwaan mengenai suami Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman seorang scammer apabila Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengeluarkan maklumat mengenai individu itu.

Dalam Investor Alert List, nama Mahadi Bin Badrul Zaman berserta nombor kad pengenalan dipaparkan. Di bahagian remark tertulis kesalahan yang dilakukan syarikatnya.

Suami heliza

Suruhanjaya Sekuriti menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat urusan perniagaan dengan syarikat tersebut. Jika melakukannya, kes tidak akan dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia.

IKLAN

Malah, seorang pengguna X dikenali sebagai Najib Fazail turut membuat semakan di laman web istiadat negara dan mendapati nama Mahadi tiada dalam senarai penerima gelaran Dato’ Seri.

Mahadi

Terdahulu, Mahadi membuat satu laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah selepas laman Facebook Pseudoscience Watch (PW) membuat satu pendedahan mengenai aktiviti pelaburan yang dikatakan ‘scam’.

Menurut Mahadi, pendedahan PW itu adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menjatuhkan imej dan reputasi syarikat serta bersifat serangan peribadi.

BACA: Suami Heliza Helmi Jawab Tuduhan Pihak PW Dakwa Dirinya ‘Scammer’

Kredit:  Pseudoscience Watch

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas