Connect with us

Oh! Media

Suami Heliza Helmi Jawab Tuduhan Pihak PW Dakwa Dirinya ‘Scammer’

heliza helmi

Oh! Artis

Suami Heliza Helmi Jawab Tuduhan Pihak PW Dakwa Dirinya ‘Scammer’

Suami kepada penyanyi dan aktivis Heliza Helmi iaitu Dato’ Sri Mahadi sekali lagi dituduh sebagai scammer oleh sesetengah netizen.

ADVERTISEMENT

Mahadi sekali lagi dituduh menipu dalam satu pelaburan melibatkan wang dan kali ini ia didedahkan dalam laman Facebook Pseudoscience Watch (PW). Laman itu memang cukup terkenal dengan membongkar modus operandi scammer melibatkan pelaburan dan perniagaan dan kali ini nama Mahadi pula naik.

PW dakwa suami Heliza Helmi perkenal skim simpanan…

Mereka mendakwa Mahadi ada memperkenalkan skim simpanan eksklusif serendah RM20 yang menjanjikan pulangan tunai sebanyak 17 hingga 70 peratus setiap tahun selama 30 tahun.

Menurut PW, pelan pelaburan yang diperkenalkan Mahadi itu adalah 100% amalan riba dan hanya ‘menunggang agama’ semata-mata.

Mahadi tak berdiam diri, bakal saman pihak cuba fitnah dirinya…

Berikutan dakwaan itu, suami penyanyi itu telah mengeluarkan kenyataan peringatan kepada laman Facebook berkenaan di mana dia telah membuat laporan polis atas tuduhan memfitnah dirinya.

Menurut Mahadi, pendedahan PW itu adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menjatuhkan imej dan reputasi syarikat serta bersifat serangan peribadi.

Dia juga telah mengarahkan agar pengendali page tersebut untuk memadam kenyataan mereka di Facebook sebelum disaman dan diambil tindakan undang-undang.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas