Connect with us

Oh! Media

Didakwa Berlakon Cacat Untuk Dapat ‘Parking’, Dua Lelaki Terima Kecaman Netizen

Trending

Didakwa Berlakon Cacat Untuk Dapat ‘Parking’, Dua Lelaki Terima Kecaman Netizen

Umum mengetahui, rakyat Malaysia terkenal dengan sikap prihatin termasuklah dari segi memberikan bantuan semasa kemalangan, melakukan kerja amal dan sebagainya.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelajar Korban Waktu Belajar Jaga Abang OKU, Raih Dekan Setiap Sem

Namun, disebalik keprihatinan terhadap insan lain, masih terdapat segelintir masyarakat yang kurang peka terhadap fasiliti yang disediakan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Hal itu termasuklah isu mengenai tempat letak kenderaan khas untuk OKU yang disediakan di kebanyakan tempat atau permis dan disalah gunakan oleh individu yang sihat tubuh badan.

Lelaki didakwa berlakon cacat demi parking kereta?

Bagaimanapun, perkara sama turut terjadi apabila tular sebuah video memperlihatkan beberapa individu yang dipercayai menyalahgunakan tempat parking khas buat golongan OKU.

Hal itu selepas terdapat seorang lelaki yang didakwa menunjukkan cara mudah untuk mendapatkan parking di sebuah pusat membeli belah dengan berlakon sebagai orang cacat.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna Twitter, lelaki tersebut pada awalnya memaklumkan dirinya sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta di kawasan tersebut.

Oleh kerana terlalu ramai pengunjung, rakannya yang dipercayai turut menaiki kenderaan sama mencadangkan agar meletakkan kenderaan di kawasan khas untuk OKU.

Aku ada dekat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Lepas itu, kawan cakap kalau nak dapat parking ada satu cara.

Lebih mengejutkan, mereka dipercayai meletakkan kenderaan di kawasan khas itu sementara rakannya pula berlakon seakan-akan seperti seorang OKU bagi mengaburi mata pegawai keselamatan.

Betul-betul dapat parkinglah, tapi cara dia pelik sikitlah. Betul-betul dia jadi cacat, ini kalau kantoi dengan pak guard ni memang mati. Tapi, betul-betul dapat parking.

Selain itu, lelaki itu juga turut menyatakan dirinya akan membawa rakannya setiap kali ingin mendapatkan parking selain berharap agar video tersebut tidak tular di media sosial.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki tersebut yang seakan-akan tidak menghormati golongan OKU.

Walaubagaimanapun, status terkini rakannya masih tidak diketahui sama ada benar dari golongan OKU atau dibuat sekadar suka-suka. Kita tunggu sahaja penjelasan daripada lelaki tersebut nanti.

Kredit: Twitter Kaunter Aduan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas