Connect with us

Oh! Media

“Dicekik Ketika Tidur, Disimbah Air” – Abang Sering Meracau Lepas Kena Buli Di Asrama

maut kena cekik

Oh! Tidak

“Dicekik Ketika Tidur, Disimbah Air” – Abang Sering Meracau Lepas Kena Buli Di Asrama

Tular di media sosial semalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang dipercayai dicekik abang sulungnya berusia 14 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Dicekik Abang, Saksi Trauma Lihat Kejadian Depan Mata

Menerusi Sinar Harian, bapa dikenali sebagai Najli Yakob yakin anak sulungnya tak sedar apa yang dilakukan terhadap adiknya.

Katanya lagi, insiden cekik bukan kali pertama berlaku malah dia dan isteri sebelum ini pernah juga dicekik remaja itu.

cekik

Ujar Najli, anaknya mengalami perubahan sikap selepas menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu. Najli percaya kesan daripada buli itu, anaknya menjadi trauma hingga sering meracau.

Dia (abang) pernah beritahu dicekik ketika tidur, dan disimbah air, malah laporan polis berhubung kejadian buli juga telah dibuat, akibat trauma dan pendam segalanya, saya yakin dia tak sedar apa yang telah dilakukan terhadap adiknya.

Selain itu, anaknya juga mengaku pernah ditumbuk dan disepak guna kasut but. Selepas setahun dibuli, anak tak lagi menyebut nama pembuli kerana tak mahu dicederakan lagi.

cekik adik

Sebagai bapa, dia berharap pembuli dapat dikenakan tindakan kerana tak mahu ada pelajar lain yang menjadi mangsa seperti yang terpaksa dilalui oleh anaknya hinggakan adik meninggal dunia.

Jelasnya lagi, ketika kejadian berlaku dia berada di Terengganu dan bergegas pulang selepas dimaklumkan isteri.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas