Connect with us

Oh! Media

“Dia Tak Rasa Malu Ke?” – Wanita Bengang Pelanggan Lebih Berusia Panggil ‘Akak’, Minta Nilai Dulu

wanita bengang panggil akak

Trending

“Dia Tak Rasa Malu Ke?” – Wanita Bengang Pelanggan Lebih Berusia Panggil ‘Akak’, Minta Nilai Dulu

Kita sebagai warganegara Malaysia, berbudi bahasa itu merupakan perkara penting yang sememangnya perlu dititikberatkan setiap kali berjumpa ataupun menegur orang tak dikenali.

Membahasakan seseorang itu sebagai akak, adik, abang, pak cik ataupun mak cik merupakan gelaran yang biasa digunakan oleh masyarakat, lagi-lagi bercakap dengan orang berniaga.

Bagaimanapun, seorang wanita di Facebook ini meluahkan rasa kecewa apabila ada pelanggan yang memasuki ke kedainya untuk bertanya sesuatu, tetapi memanggilnya dengan gelaran ‘akak’.

IKLAN

Apa yang membuatkan wanita itu kurang senang kerana ‘customer’ tersebut jelas kelihatan lebih tua daripadanya dan meminta agar pelanggan itu menilai dahulu sebelum memanggilnya ‘akak’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan luahan wanita itu kerana ia dianggap seperti satu perkara yang tidak perlu diperbesarkan pun.

Malah, netizen turut berkata wanita ini perlu bersyukur pelanggannya masih berbudi bahasa dengan memanggilnya ‘akak’ daripada dia berkata dengan kasar.

Kredit: Facebook Suhaidah Sulaiman Aida

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas