Connect with us

Oh! Media

“DBKL Bagi Salam” – Pihak Berkuasa Bertindak Robohkan Rumah Flat Yang Sedang Diubah Suai

Oh! Tidak

“DBKL Bagi Salam” – Pihak Berkuasa Bertindak Robohkan Rumah Flat Yang Sedang Diubah Suai

Setiap orang pasti mengimpikan rumah yang besar dan cantik bagi keselesaan hidup bersama keluarga. Ada yang merealisasikan impian mereka itu dengan membeli sebuah rumah yang baru dan ada juga yang mengubah suai rumah mereka sedia ada.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Sanggup Redah 364km Demi Isteri Teringin Nasi Kandar Deen Maju

Baru-baru ini tular beberapa keping gambar yang dimuatnaik di media sosial menunjukkan rumah flat di beberapa kawasan di ibu kota yang diubah suai oleh penghuninya.

Isu ini menjadi bualan dalam kalangan netizen yang mengatakan bahawa tindakan penghuni rumah flat itu untuk mengubah suai rumah mereka adalah tindakan yang tidak dibenarkan.

Ini kerana, seperti yang kita tahu penduduk bagi rumah flat tidak dibenarkan sama sekali bagi membuat pengubahsuaian dengan menambah dinding tambahan di rumah mereka.

Rumah dirobohkan pihak berkuasa

Tular di TikTok, satu video yang dimuatnaik pengguna Ahmad Safwan yang menunjukkan sebuah rumah flat yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

@ahmdsfwnnn Hidup berjiran ni kena la pikir orang depan belakang kiri kanan atas bawah. #tiktok #awareness #fyp ♬ ZOOM – Jessi

Menerusi video yang dikongsikan itu, dapat dilihat rumah yang masih dalam proses pengubahsuaian itu dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Habislah rumah sebelah

Video yang dikongsikan itu turut mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka menyelar tindakan penghuni itu beserta jirannya yang bertindak mengubah suai kawasan rumah flat yang dihuni mereka.

Lain kali kaji dulu tentang perkara ini, tak pasal-pasal dah dirobohkan pihak berkuasa.

Kredit: Twitter Malaysia Most Viral | TikTok Ahmad Safwan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas