Connect with us

Oh! Media

Datuk Terkilan Dapat Tahu Cucu Meninggal Selepas Setengah Jam Akibat Lemas

Trending

Datuk Terkilan Dapat Tahu Cucu Meninggal Selepas Setengah Jam Akibat Lemas

Seorang datuk sebak apabila cucu kesayangannya meninggal dunia akibat lemas dan keluarga lewat memberitahunya kerana khuatir akan masalah jantung dimilikinya.

ADVERTISEMENT

Memetik Laporan Harian Metro, Che Mohd Noor Awang yang berusia 61 tahun baru mengetahui cucunya,  Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika, 3, meninggal dunia selepas setengah jam akibat lemas selepas terjatuh ke dalam  tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kampung Jambu Merah, Melor, petang semalam.

Pesara polis itu berkata, keluarga lewat memaklumkan kejadian yang menimpa cucu kesayangan yang dipanggil Huffaz itu kerana khuatir dia yang mempunyai masalah jantung.

Ahli keluarga Huffaz tidak menyedari yang dia telah keluar ke tali air yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah mereka selepas diketahui mati lemas oleh orang-orang kampung.

Orang kampung beritahu ada budak jatuh tali air, tahu-tahu bomba dah angkat mayat cucu yang ditemui terapung.

Keluarga lewat maklum kepada saya sebab takut saya terkejut kerana baru beberapa hari lalu saya diserang sakit jantung.

Che Mohd Noor berkata, cucunya itu tinggal bersamanya sejak dari kecil lagi kerana ibu bapanya bekerja di Sungai Buloh, Selangor.

Beliau turut memberitahu bahawa cucunya adalah seorang yang cerdik, ceria dan manja dengannya yang dipanggil tok Abah yang kini berkerusi roda oleh kerana kaki sebelah kanan dipotong akibat kencing manis.

Huffaz sempat bersahur dengan kami, malah dia tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik dan kali terakhir saya bersamanya jam 3 petang sebelum saya masuk ke bilik untuk tidur dan berehat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan kejadian lemas itu daripada panggilan orang awam pada pukul 4.44 Petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud

Tiga anggota Balai Polis Melor bergegas ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati mayat ditemui terapung di dalam tali air dengan pakaian lengkap. Mangsa dibawa naik ke tebing oleh pihak bomba dan diuruskan oleh pihak Klinik Kesihatan Mahligai, namun mangsa disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, tiada unsur jenayah dikesan di sepanjang pemeriksaan kawasan mayat ditemui dan tiada juga kesan mencurigakan ke atas mayat.

Mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas