Connect with us

Oh! Media

“Dapat Hisap Otak Pun Jadi Lah” – Isteri 10 Tahun Makan Kepala Udang, Isi Untuk Suami Dan Anak

Ohmedia udang

Oh! Tidak

“Dapat Hisap Otak Pun Jadi Lah” – Isteri 10 Tahun Makan Kepala Udang, Isi Untuk Suami Dan Anak

Dalam kehidupan berkeluarga, pengorbanan seorang isteri atau ibu memang tak dapat dinafikan. Namun, siapa sangka hanya kerana berkongsi kisah ‘berkorban’ makan kepala udang, seorang wanita pula dikecam netizen di media sosial.

Seorang pengguna Threads berkongsi bahawa dia memilih untuk makan kepala setiap kali memasak lauk udang supaya suami dan anak-anak dapat menikmati bahagian badan yang lebih banyak isi.

“Aku berkorban makan kepala, dapat hisap otak pun jadi lah”

Udang

Baginya, tindakan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, malah sudah menjadi kebiasaan dalam rumah tangganya sejak sekian lama.

IKLAN

Di ruangan balas, ada netizen bersetuju bahawa pengorbanan kecil seperti ini adalah normal dalam sesebuah keluarga, lebih-lebih lagi apabila harga makanan laut semakin mahal.

Namun, tak kurang juga yang mengkritik menyatakan bahawa seorang isteri sepatutnya menikmati makanan yang sama berkualiti dengan suami dan anak-anak.

Sudah 10 tahun berkorban, pelik kenapa dikecam netizen

Kepala Udang

Namun, bagi si isteri dia tidak melihat perkara ini sebagai satu isu besar. Katanya, keluarga mereka jarang membeli lauk seperti udang atau sotong kerana faktor harga dan keputusan untuk makan kepala udang hanyalah satu cara untuk berjimat serta memastikan semua orang kenyang.

Ohmedia udang

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Threads


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas