Connect with us

Oh! Media

Dakwaan Abang Malbatt Kena Sondol Dengan Pekerja Stesen Minyak, Isteri Hilang Sabar Dedah Hal Sebenar

Ohmedia malbatt

Oh! Tidak

Dakwaan Abang Malbatt Kena Sondol Dengan Pekerja Stesen Minyak, Isteri Hilang Sabar Dedah Hal Sebenar

Seorang isteri telah meluahkan kekecewaan serta kemarahannya terhadap seorang individu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumahtangganya.

Kisah ini bukan sahaja membabitkan hubungan suami isteri, malah turut memaparkan drama penuh emosi dan konflik yang berpanjangan.

Menurut isteri dikenali sebagai Nurul Atiqah, penyondol yang bekerja di sebuah stesen minyak di Sungai Besar didakwa sengaja mendekati suaminya seorang anggota Malbatt demi kepentingan peribadi.

IKLAN

Meroyan untuk perhatian, tapi salahkan orang lain?

Penyondol

Lebih mengejutkan, individu terbabit dikatakan berbangga menjadi “penyondol” dan cuba menggugat rumah tangga dengan pelbagai taktik licik.

Nurul Atiqah turut berkongsi bahawa penyondol sering bertindak melampaui batas, termasuklah membuat tindakan meroyan seperti menoreh tangan untuk mendapatkan perhatian suaminya.

Situasi menjadi lebih tegang apabila penyondol didakwa menggunakan aplikasi lokasi untuk memantau pergerakan suaminya, sesuatu yang tidak pernah diberikan kepada isteri sah sendiri.

Lebih parah, keluarga penyondol turut didakwa memberi tekanan kepada anak mereka untuk berkahwin dengan suami wanita tersebut. Sampai sanggup mengugut menghalau anaknya jika permintaan tidak dituruti.

“Aku tak halalkan dunia akhirat!” – Isteri

Penyondol

Luahan isteri ini semakin menyentuh hati apabila beliau menegaskan tidak akan menghalalkan setiap sen yang digunakan suaminya untuk wanita terbabit.

Beliau juga menyatakan rasa kecewanya terhadap individu-individu yang bersubahat dalam perkara ini sambil mendoakan agar perbuatan mereka dibalas setimpalnya.

Bersama hantaran terbabit, si isteri turut menyertakan video menunjukkan sesi live yang dibuat penyondol di TikTok. Kelihatan wanita terbabit sedang baring di atas riba ketika berada di dalam kereta berdua.

Isteri Askar

#OhmediaNasihat

Tak dapat dibayangkan betapa hancurnya hati si isteri bila rumahtangga yang dibina hancur disebabkan orang ketiga. Lebih sedih lagi apabila si suami dikatakan menyebelahi orang ketiga melebihi keluarga sendiri! Apapun, semoga wanita ini diberikan kekuatan untuk terus menghadapi dugaan besar dalam hidupnya.

Ohmedia malbatt

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Facebook Nurul Atiqah


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas