Connect with us

Oh! Media

Dakwa Diri Terdengar ‘Bisikan’, Pemuda Tikam Ibu Hingga Mati

Trending

Dakwa Diri Terdengar ‘Bisikan’, Pemuda Tikam Ibu Hingga Mati

Mendakwa dirinya terdengar suara ‘bisikan’, seorang penganggur bertindak menikam ibu kandungnya sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Lari Minta Bantuan, Budak Lima Tahun Jadi Saksi Ibu Kena Tikam

Memetik laporan daripada Bernama, kejadian tersebut berlaku di kediaman mereka di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling.

Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, suspek telah menikam bahagian kiri dan kanan leher mangsa, Rozizah Md Dom, yang merupakan pesara guru, yang menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati suspek, yang merupakan anak sulung mangsa, terdengar bisikan yang menyuruhnya menikam warga emas itu yang dikatakan menyembah berhala. Kejadian berlaku di bilik ibunya yang baru selesai mandi.

Beliau memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan melalui jiran mereka yang terdengar jeritan seorang anak perempuan mangsa yang berumur 30-an.

Zainol turut menambah bahawa suspek memiliki dua rekod lampau berkaitan dengan kesalahan dadah dan pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Melaka beberapa tahun lepas.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing akan dilakukan ke atas suspek.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook and Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas