Connect with us

Oh! Media

Dakwa Dijatuhkan Talak Tiga Lepas Suami Pernah Lafaz Taklik Dan Kantoi Curang, Hajar Hanif Dan Mikhail Issaq Sah Bercerai

hajar hanif mikhail issaq cerai ohmedia

Oh! Tidak

Dakwa Dijatuhkan Talak Tiga Lepas Suami Pernah Lafaz Taklik Dan Kantoi Curang, Hajar Hanif Dan Mikhail Issaq Sah Bercerai

Sebelum ini kecoh mengenai pempengaruh, Hajar Hanif yang didakwa telah dijatuhkan talak tiga selepas suaminya, Mikhail Issaq melafazkan taklik pada tahun 2017 dan dikatakan curang dengan perempuan lain.

BACA: Padah Lafaz Taklik, ‘Influencer’ Rupanya Dah Cerai Talak 3 Lepas Suami Curang Lagi

Terbaru! Menerusi Instagram, Hajar berkongsi yang dia dan suami telah sah bercerai talak satu serta selesai menjalani tempoh edah.

IKLAN
8e75e45b 5919 4802 9080 de5d2b7195fa

Pempengaruh itu juga menganggap yang perceraian itu merupakan jalan terbaik untuk dirinya.

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah, hari ini saya dengan bekas suami secara rasminya sudah bercerai talak satu dan saya pun dah habis edah.

Alhamdulillah, saya terima keputusan ni dengan berlapang dada. Setiap apa yang Allah beri ni adalah yang terbaik dan saya bahagia dengan hidup saya sekarang.

Bukan tu jer, Hajar juga meminta pengikutnya mendoakan dia berjumpa jodoh yang lebih baik di masa akan datang.

Doakan saya jumpa jodoh yang sangat bertanggungjawab dalam semua segi, setia, jujur, ikhlas sayangkan saya dan anak-anak, cantik akhlak dan agama dan semua ciri yang saya nak.

Terima kasih korang sebab menyokong saya selama ini. Korang antara sebab saya kuat tempuh semua ni juga. Love you guys loads.

Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan buat Hajar. Kuat ya!

Kredit: Instagram Hajar Hanif

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas