Connect with us

Oh! Media

Cucu Seniman P Ramlee Dibebaskan Daripada Pertuduhan 3 Tahun Lepas?

lawak rogol

Trending

Cucu Seniman P Ramlee Dibebaskan Daripada Pertuduhan 3 Tahun Lepas?

Sebelum ini, tiga lelaki termasuk seorang cucu kepada seniman lagenda Allahyarham Tan Sri P Ramlee dituduh mengedar lebih empat kilogram dadah jenis ganja.

ADVERTISEMENT

BACA : Karya P Ramlee Diangkat Sebagai Warisan Kebangsaan 2018

Menurut laporan Astro Awani, ketiga-tiga mereka telah dibebaskan semalam oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas pihak pendakwaan gagal menunjukkan bukti yang munasabah.

Cucu kepada P. Ramlee iaitu Zakaria Nasir Nasir yang berusia 30 tahun bersama Mohd Faizul Zulkipli berusia 37 tahun dan Mohammad Saifuddin Darmawan berusia 34 tahun telah didakwa secara bersama mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 4kg.

Perlakuan mereka itu dipercayai berlaku di Puchong pada 15 Jan 2018 dan pendakwaan telah dilakukan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas