Connect with us

Oh! Media

“Awak Curi Letak Dalam Bilik Jenazah Pulak!” – Lelaki Viral ‘Sorok’ Tabung Masjid Didakwa!

jenazah

Trending

“Awak Curi Letak Dalam Bilik Jenazah Pulak!” – Lelaki Viral ‘Sorok’ Tabung Masjid Didakwa!

Baru-baru ini, seorang lelaki yang tular dimandikan sebagai ‘jenazah’ kerana mencuri tabung di sebuah masjid telah ditangkap dan dipenjara selama 10 hari serta didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret.

ADVERTISEMENT

BACA: “Nampak Macam Islam Benarkan Buat Kezaliman.” – PU Syed ‘Komen’ Isu Pencuri Tabung Masjid Dimandikan Seperti Jenazah

Menerusi laporan Kosmo, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan, Daniel Iskandar telah dijatuhkan hukuman oleh Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan.

Gagal bayar, tertuduh akan dipenjara selama lima bulan

jenazah

Hukuman penjara kepada Daniel akan dikenakan bermula pada hari dirinya ditangkap pada 9 Januari lalu dan jika gagal membayar denda RM4,000, dia boleh dipenjara selama lima bulan.

Tahu apa salah awak? duit orang bagi dalam tabung untuk masyarakat dan pembangunan masjid. Awak curi letak dalam bilik jenazah pulak. Harap benda ini jadikan satu pengajaran dan kesedaran pada awak. – Majistret

Tertuduh telah didakwa mencuri tabung milik Masjid Al Islahiah dan menyorokkan tabung di dalam bilik mandi jenazah.

Semoga denda dan hukuman yang diberikan ini menjadi pengajaran terbesar buat adik Daniel. Harap lepasni dia tidak mengulangi kesilapannya dan semoga tiada lagi orang yang cuba-cuba melakukan pencurian.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas