Connect with us

Oh! Media

“Tak Boleh Terima” – China Kesal Terima Sekatan Antarabangsa Ke Atas Warganya

COVID-19

“Tak Boleh Terima” – China Kesal Terima Sekatan Antarabangsa Ke Atas Warganya

Umum mengetahui bahawa banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Malaysia telah mula membuat sekatan Covid-19 kepada pelawat luar negara terutama dari China.

ADVERTISEMENT

BACA: KKM Arah Pengembara Dari Luar Negara Termasuk China Jalani Saringan Demam

Namun, sekatan antarabangsa yang semakin meningkat naik itu dianggap sebagai tidak adil buat negara China.

Sekatan tidak berasas

Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning berkata bahawa sesetengah negara telah membuat sekatan yang hanya menyasarkan pengembara dari negara itu sahaja.

Ini tidak mempunyai asas saintifik dan beberapa amalan tidak boleh diterima. China boleh mengambil tindakan balas berdasarkan prinsip timbal balik. – Mao Ning

Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne menegaskan dengan tindakan sekatan terhadap pengembara itu akan tetap diteruskan.

Saya fikir kami menjalankan tugas kami dalam meminta ujian. Kami akan terus melakukannya. – Elisabeth Borne

Sejak Disember yang lalu, China telah merekodkan 22 kematian disebabkan Covid-19 dan telah mengambil langkah drastik mengecilkan kriteria untuk mengklasifikasikan kematian itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas