Connect with us

Oh! Media

Selain Vaksin, Ini Dua Rawatan Covid-19 Yang Diluluskan WHO

dua rawatan

COVID-19

Selain Vaksin, Ini Dua Rawatan Covid-19 Yang Diluluskan WHO

Dua rawatan baru untuk merawat Covid-19 telah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mencegah kematian dan sakit teruk akibat koronavirus.

ADVERTISEMENT

BACA: Perlu Cipta Vaksin Lain, Dos Penggalak Tak Mampu Lawan Omicron?

Menerusi laporan Kosmo, dua rawatan ini berlaku apabila kes Omicron telah mencanak naik di seluruh dunia dan WHO juga meramalkan separuh penduduk Eropah akan dijagkiti virus ini pada bulan Mac nanti.

Kadar sembuh yang lebih tinggi

dua rawatan

Munurut jurnal perubatan Britain, BMJ, pakar-pakar WHO menyatakan, untuk merawat pesakit Covid-19 yang teruk dan kritikal, mereka menggunakan ubat arthritis, baricitinib bersama ubat jenis corticosteroid.

Selain itu, pakar turut mencadangkan rawatan antibodi sintetik iaitu Sotrovimab buat pesakit Covid-19 yang tidak serius tapi masih memerlukan rawatan hospital seperti warga emas dan penghidap diabetes.

Kesemua rawatan ini telah mendapat kelulusan WHO, termasuk corticosteroid untuk pesakit kritikal pada September 2020.

Harga untuk corticosteroid juga tidak mahal dan mudah untuk didapati. Ubat ini mampu untuk menyembuhkan keradangan pesakit kritikal.

Ubat arthritis, tocilizumab dan sarilumab juga telah diluluskan WHO pada Julai tahun lalu untuk menghalang ‘ribut stokin’ akibat jangkitan Covid-19.

WHO juga menegaskan pesakit untuk memilih ubat berdasarkan isu berkaitan seperti pengalaman klinikal.

Rujuk pakar untuk maklumat lanjut dan janganlah sesuka hati makan mana-mana ubat tanpa nasihat doktor ya!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

Ke Atas