Oh! Tidak
Remaja Mengaku Sengaja Sebar HIV Untuk Balas Dendam
Hampir separuh kes HIV di Malaysia melibatkan belia 20-29 tahun. Gaya hidup bebas jadi punca utama.
Realiti yang cukup membimbangkan. Menurut Majlis AIDS Malaysia, sebanyak 44 peratus daripada penghidap HIV di negara ini terdiri daripada golongan muda berusia 20 hingga 29 tahun.
Statistik ini sekali gus menunjukkan betapa kritikalnya situasi kesihatan seksual dalam kalangan belia Malaysia.
Apa yang lebih mengejutkan, golongan ini bukan sekadar belia biasa, tapi kebanyakannya terdiri daripada lepasan sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Ia menandakan wujud jurang besar dalam pendidikan serta kesedaran mengenai HIV dan langkah-langkah pencegahan.
Pendekatan semasa tangani peningkatan HIV dianggap gagal…
Pensyarah dari Fakulti Ekologi Manusia UPM, Dr Mohammad Mujaheed Hassan berpandangan bahawa pendekatan yang digunakan sekarang tidak lagi relevan dengan generasi muda. Ini kerana ramai pelajar sendiri tidak sedar kewujudan program HIV di universiti mereka.
Sebahagian besar mahasiswa dan mahasiswi menyatakan mereka tidak pernah menerima maklumat secara langsung daripada pihak universiti dan hanya mengetahui tentang HIV melalui media sosial atau daripada cerita yang disampaikan oleh rakan serta kenalan.- Katanya.
Gaya hidup bebas dan seks pranikah tanpa perlindungan…
Berdasarkan kajian dijalankan, gaya hidup bebas, tekanan sosial dan seks pranikah menjadi antara penyumbang utama peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan pelajar. Malah, hubungan seksual sejenis turut menjadi faktor penyebaran virus berbahaya ini.
Tambah membimbangkan, ramai remaja terlibat dalam hubungan seksual seawal selepas tamat SPM, kebanyakannya disebabkan rasa ingin tahu yang tidak disertai dengan pendidikan seksual yang betul.
Malah, penggunaan media sosial dan pendedahan kepada pornografi tanpa kawalan juga menjadi faktor yang mendorong remaja untuk mencuba aktiviti seksual yang berisiko tinggi.
‘Revenge transmission’ antara kes paling mengejutkan…
Apa yang lebih menggerunkan, ada kes penuntut yang sengaja menyebarkan jangkitan HIV kepada individu lain sebagai bentuk balas dendam.
Dia mengaku berniat menyebarkan jangkitan secara sengaja atas alasan tidak mahu menanggung kesan jangkitan berseorangan.
Perasaan marah, kecewa dan dikhianati menyelubungi diri dan dia berasakan orang lain juga ‘patut merasai’ perkara yang sama.- Jelasnya.
Selain kekurangan maklumat, kepercayaan terhadap pasangan, pengaruh rakan sebaya dan faktor emosi turut menyumbang kepada keengganan menggunakan perlindungan. Seks rambang tanpa kondom menjadi antara punca utama penularan HIV dalam kampus.
Pssttt! Korang, statistik ni bukan sekadar nombor. Ia realiti yang patut kita ambil serius. HIV bukan lagi penyakit orang dewasa atau penagih dadah, tapi dah menular dalam kalangan pelajar muda. Ini tandanya pendidikan seksual perlu ditingkatkan dengan cara yang lebih dekat dengan generasi sekarang.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM